Gambaran umum Teater_muzikal

Sesebuah pementasan muzikal itu mempunyai beberapa komponen utama iaitu muzik, lirik atau senikata lagu yang didendangkan dalam pementasan, dan buku (book).

"Buku" difahamkan sebagai sefungsi dengan skrip yang menjelaskan cerita, pembangunan watak dan struktur penceritaan yang turut termasuk dialog dan arahan pentas. Ia juga boleh merujuk kepada dialog dan lirik yang dipadukan bersama - ia kadangkalanya disebut sebagai libreto (daripada istilah bahasa Itali libretto, "buku kecil").

Muzik dan lirik dampingan bersama-sama membentuk "skor muzik", ia termasuk juga  musik insidental dan adegan yang "sering menggabungkan nyanyian lagu dengan dialog yang diucapkan."[1] Muzik adalah tanggungjawab kreatif pasukan, termasuk seorang direktur, seorang pengarah muzik, biasanya seorang koreografer dan kadang-kadang seorang ketua orkestra.

Jarak masa

Pementasan sebegini tiada jangka masa yang ditetapkan. Ia biasanya disampaikan dalam dua bahagian dengan suatu waktu rehat atau selingan (intermission) di antaranya. Bahagian pertama lebih panjang antara kedua-dua bahaagian ini di mana ia berperanan  memperkenalkan hampir semua watak dan sering diakhiri dengan suatu konflik atau komplikasi dalam jalan cerita pementasan. Bahagian kedua mungkin akan memperkenalkan beberapa lagu baru tetapi biasanya akan mengulangi muzik tema sambil menyelesaikan konflik atau komplikasi jalan cerita yang terbina.